by advertlets

Friday 10 August 2012

Kaitan Magic dengan alam


MAGIC DAN PSIKOLOGI

Magic dan psikologi tak boleh dipisahkan. Psikologi lah yang menentukan tahap keberkesanan suatu magic dan membuat magic bertambah "real". Perkara ini sangat penting bagi seorang magician. kelalaian magician dalam mengawal psikologi boleh menyebabkan persembahannya gagal. Sepanjang persembahan minda penonton akan dikawal oleh magician sehingga tamat.

MAGIC DAN CAHAYA

Pencahayaan juga merupakan elemen penting dalam magic, terutamanya untuk "stage". "street" magic juga kadang2 perlukan kadar dan arah cahaya yang sesuai. Sehingga ada sesetengah street magic boleh tunjuk dalam gelap sahaja.


MAGIC DAN PERSONALITI ATAU PENAMPILAN

Penampilan pula akan menambahkan lagi keyakinan magician. Apa yang penting "dress up" ada banyak tujuan. Bukan hanya untuk nampak kemas atau imej magician, tetapi samada untuk "setup" atau dapat memberi kesan visual kepada persembahan.


MAGIC DAN DISIPLIN

Untuk menjadi seorang magician, disiplin sangat penting samada ketika latihan atau persembahan. Masa latihan pula perlu banyak kali ulang dan tidak boleh berasa jemu. ada juga jenis magic yang mana penyediaannya sangat cerewet, dan boleh buat magician bosan dan tertekan.


MAGIC DAN UCAPAN ATAU AKSI

Ucapan dan aksi sangat penting dan mesti mengikut apa yang telah disusun dalam rutin. kedua-dua ucapan dan aksi pula perlu seirama. Ucapan pula mestilah lancar dan mudah difahami.


Apakah yang anda nampak dalam gambar ni?




Wednesday 1 August 2012

Magic adalah skop yang luas

                  Dulu... orang belajar magic hanyalah sebagai hobi. Atau hanya untuk tunjuk kepada kawan2 terdekat sahaja. Tapi sekarang magic adalah satu kerjaya dan satu perniagaan. Pasti anda biasa dengar nama-nama seperti David Copperfield, David Blaine, atau Cyril Takayama. Tapi apa yang Pearl agak kesal adalah masih ramai yang salah faham.

Sihir atau Magic.

                 Pearl pasti masih ada ramai lagi yang keliru antara sihir dan magic. Jangan campur adukkan kedua-duanya. Sihir dan magic adalah dua perkara yang sangat jauh berbeza. Apabila Pearl kaji betul2, punca terjadinya kekeliruan ni adalah sebab ramai yang tak tahu apa itu magic sebaliknya mereka samakan magic dengan sihir.

Jadi sekarang Pearl akan terangkan apa itu magic.

nuffnang ads